Tuesday, September 25, 2012

Training WaterFront Penang






Tuesday, July 6, 2010

Kayuhan Tupah

Selasa, 06 Julai 2010 KAYUHAN RIADAH tUPAH

Route : Giant Sungai Petani – Kampung Sungai Pasir – Taman Sinar Intan – Kompleks Jeti Sungai Merbok – Tamesa Semeling – Hutan Lipur Rekreasi Tupah.
Distance : 40 km Saja laaa.
Starting point : Giant SP. GPS ( 5°37'0.99"N - 100°28'13.35"E).
Ikut calender la : Selasa, 06 Julai 2010.
Start jam kat tangan : 9.00 am

Kaki yang Ketaq nak Kayuh : Mamat,Jat Sp, Mat Yord SP, Fazli SP, Zul, Junaidi.

Kayuhan kali ni best jugak. Layan member2 baru yang nak rasa sengsaranya kayuhan MTB ni.

Tempat mula kat Giant SP, slalu jugak starting point kat sisi bukan sebab apa lepas habis kayuh boleh pekena makan ais krim Giant looo. Dah la layan gambar x seberapa ni....


Trail Kayuhan ni..













































































































































































































































Thursday, July 1, 2010

Selasa, 29 Jun 2010 KAYUHAN Santai Karpet

Route : Pekan Jelutong - Kampung Kastam - Gelugor - Batu Uban - Bayan Baru - Sungai Ara - Bukit Karpet.
Distance : 30 km Saja kot.
Starting point : Kedai Nasi Kandar Din Jelutong. (Nasi kandar sempoi ni)
Ikut calender la : Selasa ,29 Jun 2010.
Start jam kat tangan : 8.30am

Kaki yang Ketaq nak Kayuh : Pak Nasir, Tok Nizam, Zul, Junaidi.

Kayuhan tak dirancang sangat sebab cuaca tak mengizinkan, tapi ni bukan penghalang
dan dijadikan alasan untuk tidak berkayuh pada pagi ni. Mula tekan pedal beskal kat kedai
Nasi Kandar Din Jelutong. Balik nanti mesti singgah kedai ni, nasi kandar memang sempoi.. peerrrrr... ok lah apa pun layan.

Trail sekitar kayuhan santai ni.









Tengah ambik angin sat kat pondok perhentian.












Pak Nasir Tengah survey jalan nak buat penerbangan Air Asia Downhill..











Dah sampai pun Tok Nizam dan Zul. Ok la jugak tok zul, baru start kayuh dah sampai kat sini.
Penat dia jangan dok kata la.












Kayuhan kali ni sampai kaki bukit karpet ja. Nak layan Downhill Titi kayu, memang betul2 holiaw....best tak terkata. Tempat ni kena singgah. ATM (Air Terjun Massage).












Ni Tok Nizam, asyik dok basuh beskal ja.












Ni aku la, tak tau nak posing dah gaya pegang gerek.












Basuh basikal jugak, last2 pokcik pun basuh beskal jugak la.












Beng.. Beng.. main tembak2 kasut la Tok Zul ni.












Haa.. baru x macam penyu belimbing helmet ni. Bergaya dengan helmet baru la.
Zul, spec mata pinjam sat nooo...















Ni kat kedai Basikal Uncle Bayan Baru. la ni tengah buat apa, sampai kena pegang macam
nak sembeleh lembu ja ni. zoom skit..












Wooo... Tukaq Tengkuk Karbon la. Hemm... apa pun kayuh ni memang santai.
Macam duduk tepi pantai. Esok kayuh tepi pantai sampai penat, tidoq tepi lantai..haaa













Friday, June 4, 2010

Kayuhan Air Itam Dam

JUMAAT, 28 May 2010 KAYUHAN DERA MEMBER MTB BARU.

Route : Caltex Masjid Negeri- Kampung Pisang- Pekan
Air Itam- Air Itam Dam.
Distance : 35 km Jaa...
Starting point : Stesen Caltex, Jln Masjid Negeri.
Bila tu : Jumaat, 28 May 2010.
Start rempit : 9.00am

Kaki yang Ketaq nak Kayuh : Tok Nizam, Zul, Junaidi.

Tak dak apa yang nak dikatakan tentang kayuhan ni. Mula kayuh kat Caltex jln Masjid Negeri, Pusing Area Kampung Pisang, Dok geram jalan jem kat Pekan Air Itam, layan nek Air Itam Dam. Tapi semangat member baru nak kayuh ni ok la. Jenuh bagi kata semangat dan teknik kayuhan. Kayuh sapai tidoq tepi longkang. Apa2 pun layan.














Trail kayuhan Dera member.












Ni la mangsa kejadian kayuhan Air Itam Dam. Zul.

Zoom dari dekat


Lepas brain wash sikit peh to di tambah kata2 semangat secukup rasa. Ni la jadinya.

Terus kuat kayuh.


Lagi sikit lagi sampai la Air Itam Dam. Kayuh.....

Tok Nizam Macam biasa la kayuh santai. Wehhhh...







Tuesday, October 20, 2009

PENANG RIDE WITH THE CHIEF MINISTER !


Date/Time: 25 Oct 2009







FINAL NUMBER OF RIDERS (LATEST UPDATES)


Total number of riders - 1061


Round island ride - 568


Teluk Bahang ride - 217


Family ride - 276


Monday, September 7, 2009

Renungan Ramadhan



Renungan Ramadhan
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah
bersahur. Bersabda Nabi (saw):

“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”.
(hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):

“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera berbukanya dan paling lambat bersahurnya”
(Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama
ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah
sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.
Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta
dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu
direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk
kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga
di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a.
Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat
tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar
kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut
sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat,dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi
(saw):

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah
tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan
dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi,
melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat,
peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat
pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya.

Monday, July 13, 2009

UUM-Mountain Bike XC-R '09 Rider list

UUM-Mountain Bike XC-R '09

NO

NAME

GROUP

234

ABD KARIM B. ALI

5179

MANGGIS RIDER

235

AHMAD SYAIHAN B. ISHAK

5747

MANGGIS RIDER

236

ANUAR AHMAD

5685

MANGGIS RIDER

237

MOHD AMIRUL B. ANUAR

5993

MANGGIS RIDER

238

MOHD SANI B. MALIK

5247

MANGGIS RIDER

239

NURUL ADZIM

5343

MANGGIS RIDER

240

REYAZMMY B. RAMLI

5475

MANGGIS RIDER

241

SARUZI B. HARUN

5103

MANGGIS RIDER

242

YUSHASRIZAL B. YUSOP

5043

MANGGIS RIDER

243

ARDI SAZLI B. NORANI

5695

MANGGIS RIDER

244

MUHAMMAD SYUKRI B. AHMAD

5045

MANGGIS RIDER

245

ZULKIFLEE B. AHMAD

5025

MANGGIS RIDER

246

MOHD NASIR B. YAHYA

5749

MANGGIS RIDER

247

MUHAMAD NIZAM B. MUHAMAD NASIR

5303

MANGGIS RIDER

248

ABD RAZAK B. HUSSEIN

5249

MANGGIS RIDER

249

MOHD SABRI B. MALIK

5019

MANGGIS RIDER

250

ROZAHAMI B. YUSOF

5087

MANGGIS RIDER

251

FIRDAUS B. IDRUS

5263

MANGGIS RIDER

252

MOHD EZAQAIW B. ESA

6205

MANGGIS RIDER

253

JUNAIDI B. MOHD NOOR

5187

MANGGIS RIDER

254

MOHD AZWAN B. MUSA

5231

MANGGIS RIDER

255

AHMAD B. ASHAARI

MANGGIS RIDER

822

MOHD HANAH B. NOHD AMIN

5281

MANGGIS RIDER

823

AZIAAN B. ARIFIN

5365

MANGGIS RIDER